- JBS Kelantan
- Hits: 107
MESYUARAT PENYELARASAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH PASIR PUTEH TAHUN 2024
- JBS Kelantan
- Hits: 107
PASIR PUTEH, 29 MEI 2024 – Mesyuarat Penyelarasan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Pasir Puteh Tahun 2024 telah diadakan pada 27 Mei 2024 (Isnin) bertempat di Pejabat Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh.
Hasil perbincangan telah menetapkan Kejohanan Sepak Takraw akan diadakan pada 21 Jun 2024 di Gelanggang Sepak Takraw Bukit Tanah Selising Pasir Puteh, Kejohanan Bola Tampar pada 29 Jun 2024 di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh manakala Kejohanan Ping Pong pada 06 Julai 2024 di Dewan SMK Seri Aman Pasir Puteh. Liga Sukan Komuniti ini diadakan bertujuan untuk melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktivitii sukan serta menggalakkan masyarakat membudayakan sukan.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.