PENYEDIAAN MAKLUMAT YANG KENA BERI CHANGGAI FOOTBALL CLUB

PASIR PUTEH, 27 JANUARI 2025 – Saudara Muhammad Nasrul Akimi, Setiausaha Changgai Football Club hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh untuk mendapatkan pandangan berkaitan dokumen MYKB kelab bola sepak tersebut bagi tahun ini setelah selesai melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan mereka pada 3 Januari 2025 yang lalu.

Encik Rosshazelan bin Sulaiman, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah memeriksa terlebih dahulu dokumen MYKB tersebut yang mengandungi tujuh (7) perkara bagi memastikan kesemuanya lengkap sebelum ianya dilaporkan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

Dalam pertemuan ini juga, pihak Changgai Football Club turut menzahirkan komitmen yang tinggi untuk membangunkan sukan bola sepak di peringkat kelab mereka, dengan sasaran untuk mengadakan kejohanan peringkat daerah pada tahun ini.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search