- JBS Kelantan
- Hits: 79
GREAT TAEKWONDO ACADEMY ITF PATTERN CHAMPIONSHIP TELAH MEMERIAHKAN KOMBES KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 79
KELANTAN, 19 FEBRUARI 2025 – Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan (KOMBES Kelantan) telah dimeriahkan oleh Great Taekwondo Academy ITF Pattern Championship yang berlangsung pada 08 Februari 2025 (Sabtu) yang lalu bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Kejohanan tersebut telah menarik minat ramai peserta dari pelbagai peringkat usia dengan jumlah seramai 200 orang peserta yang telah menyertai kejohanan tersebut dari seluruh negeri Kelantan.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web www.stf.gov.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.