KEKALKAN SEMANGAT KERJASAMA DEMI KUKUHKAN PERSATUAN BELIA

JELI, 16 FEBRUARI 2024- ”Semangat kerjasama di antara pemimpin dengan ahli perlu dikekalkan demi mengukuhkan persatuan dan menjadikan sesebuah organisasi menjadi lebih utuh dan cemerlang” ujar YBrs. Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Suka Daerah Jeli sewaktu melayani kunjung hormat pemimpin tertinggi Persatuan Belia Gemilang Bukit Tok Ali ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli pada hari ini.

Beliau juga merakamkan sekalung tahniah kepada barisan pemimpin persatuan tersebut kerana telah menyelesaikan tanggungjawab mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 25 Januari 2025 yang lalu dan mengambil tanggungjawab bagi menyelesaikan perkara-perkara wajib bagi pentadbiran persatuan seperti segera menghantar MYKD ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan menukar tandatangan bagi urusan kewangan di bank.

Lawatan tersebut telah dihadiri oleh Puan Nur Zakira binti Awang selaku Pengerusi Persatuan yang baru, En.Azzuwam bin Abdul Aziz selaku Setiausaha dan En. Muhammad Azwari bin Abdul Aziz selaku Bendahari.

Dalam kunjung hormat tersebut Puan Zakira mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli yang tak jemu-jemu memberikan semangat, motivasi serta kerjasama kepada Persatuan Belia di daerah ini untuk lebih berdaya maju dan kekal aktif.

Di sediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search