RAKAN MUDA RAMADHAN KEMBALI LAGI

PASIR PUTEH, 19 FEBRUARI 2025 : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah berkunjung ke Pejabat Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh membincangkan pelaksanaan Rakan Muda Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Program Rakan Ekspresi : Rakan Muda Ramadhan ini akan di adakan sepanjang bulan Ramadhan dengan pengisian aktiviti bertadarus dan khatam Al-Quran untuk menghidupkan bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan matlamat untuk memperbanyakkan amalan sunnah dan kerohanian dalam kalangan belia.

Al-Fadhil Ustaz Mohamad Amar Shaifudain bin Fauzi, Imam Muda Masjid Jamek Ibrahimi mengalu-alukan kehadiran PBSD Pasir Puteh yang di ketuai oleh Encik Rosshazelan bin Sulaiman, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan seperti penyertaan, lokasi program dan juga kaedah pelaksanaan.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search