SUKAN BOLA KERANJANG MEMUPUK SEMANGAT SETIAKAWAN DAN PERPADUAN

Pasir Mas, 21 Februari 2025 - Perasmian Pembukaan Kejohanan Bola Keranjang 3 On 3 Piala Thiong Thuar 2025 telah berlangsung dengan jayanya hari ini di Dewan Serbaguna Kg Pasir Parit, Chekok, Pasir Mas, Kelantan. Penganjuran program ini bukan hanya kepada seluruh rakyat Kelantan malah terbuka kepada suluruh Rakyat Malaysia.   

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk membentuk semangat kenegaraan, kebudayaan dan kesenian melalui pelbagai mekanisme seperti interaksi dan jalinan hubungan sosial secara berterusan pada peringkat “inter” dan “intra” etnik dengan penuh berhemah. Justeru ianya dapat menggalakkan persefahaman, toleransi, hormat-menghormati antara masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya. Melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti yang sihat ini akan dapat membantu mengurangkan masalah sosial yang berlaku di sekeliling kita biasanya melibatkan para remaja seperti masalah dadah, remaja hamil luar nikah, merokok, lepak, lumba haram, kecurian dan sebagainya.

Kejohanan 3 on 3 ini melibatkan 8 kategori umur iaitu :
i) Lelaki Bawah 12 Tahun 
Ii) Perempuan Bawah 12 Tahun 
Iii) Lelaki Bawah 15 Tahun 
Iv) Perempuan Bawah 15 Tahun  
V) Lelaki Bawah 18 Tahun 
Vi) Terbuka Wanita  
Vii) Terbuka Lelaki 
Viii) Terbuka Lelaki Bukan Cina 

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK). Memetik ucapan beliau pihak JBSNK senantiasa menyokong dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua agensi dan komuniti yang ingin menganjurkan dan melaksanakan program-program sukan. Namum begitu, perlulah mematuhi prosedur dan garis panduan pelaksanaan aktiviti sukan bagi megelakkan masalah yang akan timbul dalam penganjuran sesuatu aktiviti sukan. Hadir sama menyokong program tersebut Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK dan Encik Mohd Fadzil Bin Che Daud Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan JBSNK.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search