- JBS Kelantan
- Hits: 103
KELAB BELIA SERI WARISAN PUSAKA KEMUNCHUP DAN KELAB BELIA BANDAR MACHANG WAKILI DAERAH MACHANG KE PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 103
MACHANG, 20 FEBRUARI 2025 – Kelab Belia Seri Warisan Pusaka Kemunchup Dan Kelab Belia Bandar Machang telah terpilih mewakili Daerah Machang dalam menyahut cabaran untuk menyertai Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan 2025 Kategori Pertubuhan Belia yang dijangka akan berlangsung pada 7 Mac 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Panji.
Kedua-dua Kelab ini merupakan NGO Belia yang bergerak aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, kesukarelawanan, pendidikan dan pembangunan belia khususnya di Daerah Machang.
Semoga pencalonan Kelab Belia Seri Warisan Pusaka Kemunchup Dan Kelab Belia Bandar Machang mendapat kejayaan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang