- JBS Kelantan
- Hits: 72
SESI PERJUMPAAN BERSAMA KELAB BELIA BANDAR MACHANG
- JBS Kelantan
- Hits: 72
20 FEBRUARI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama Kelab Belia Bandar Machang bertempat di Bilik Mesyuarat PBSD Machang.
Sesi ini diadakan oleh pihak PBSD Machang untuk memberi khidmat nasihat berkenaan hala tuju pertubuhan belia, penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), dana bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) serta kepentingan menjaga hubungan baik antara kelab dengan PBSD Machang.
Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang bersama Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, saudara Muhammad Ni’am Bin Mohd Zuhairy dan saudara Ahmad Nazif bin Samsuddin terlibat dalam sesi perjumpaan ini.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang