SEMANGAT BERPASUKAN MELALUI KURSUS TEAM BUILDING

TUMPAT, 3 MAC 2025 - Pegawai dan Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah menghadiri Kursus Team Building anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 22 hingga 24 Februari 2025 yang lalu bertempat di Kale Nusuk Campsite, Jeli. Program ini telah disertai oleh pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat, Kompleks Belia dan Sukan serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

Program dimulakan dengan taklimat kepada semua peserta dan kraf perkhemahan. Hari kedua diteruskan dengan aktiviti mendulang emas. Kemudian semua peserta menaiki kenderaan bagi aktiviti eksplorasi Gunung Reng untuk melihat pemandangan indah di dalam gua.
Pada sebelah petang diadakan aktiviti water confident dan river tubing yang memberi pengalaman berharga kepada para peserta. Peserta juga merasa seronok walaupun perlu meredah jeram yang agak mencabar di sungai tersebut.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Diharapkan kursus team building ini dapat memberi penambahbaikan dalam organisasi dari aspek hubungan, komunikasi dan semangat berpasukan.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search