SESI PERBINCANGAN PROGRAM RAKAN EKSPRESI: RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH MACHANG 2025

MACHANG, 25 FEBRUARI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah mengadakan satu sesi perbincangan pelaksanaan Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Machang 2025 bersama pihak Pejabat Agama Jajahan Machang.

Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh Ustaz Alias bin Abdul Rahman, Pegawai Agama Jajahan Machang dan Encik Shahril bin Aziz, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Machang membincangkan tentang perancangan dan pengisian acara Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Machang 2025 yang akan dilaksanakan pada 1 hingga 20 Ramadan.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dan Pejabat Agama Jajahan Machang berharap agar program ini dapat manarik minat ramai golongan belia untuk turut serta dan dapat menyemarakkan lagi semangat Ramadan dalam kalangan masyarakat Daerah Machang.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search