- JBS Kelantan
- Hits: 126
TAHNIAH PBSD PASIR PUTEH
- JBS Kelantan
- Hits: 126
PASIR PUTEH, 3 MAC 2025 : Perhimpunan Bulanan Pegawai dan Kakitangan JBSNK Bil 2/2025 telah diadakan pada 27 Februari 2024 yang lalu bertempat di Dewan Malaysia JBSNK.
Perhimpunan bulanan ini diadakan bertujuan untuk menyemai nilai murni dan memupuk semangat kekeluargaan di kalangan warga JBSNK kearah satu haluan bagi mencapai matlamat pembangunan dan kesejahteraan negara.
Dalam perhimpunan tersebut, Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah diiktiraf sebagai Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Disember 2024. Sijil Penghargaan ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Semoga dengan anugerah ini akan dapat memberikan dorongan, semangat dan motivasi kepada Encik Sazli bin Mahmood agar terus mengekalkan prestasi dan mutu kerja yang tinggi untuk pembangunan belia di Pasir Puteh.