- JBS Kelantan
- Hits: 123
MASJID AL-TAQWA MUKIM GONG DATOK BERKUMANDANG ALUNAN SUARA TADARUS
- JBS Kelantan
- Hits: 123
PASIR PUTEH, 3 MAC 2025 : Empat buah masjid termasuk sebuah Pusat Tahfiz di daerah Pasir Puteh telah mula melaksanakan Rakan Ekspresi : Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Pasir Puteh yang bermula pada 1 hingga 20 Ramadhan 1446H.
Program ini merupakan salah satu platform yang dapat menarik minat golongan belia untuk menghidupkan bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian. Disamping ianya melatih belia membaca, memahami,mengamalkan ajaran Al-Quran dan amalan sunnah sepanjang bulan ramadhan.
Masjid Al-Taqwa Mukim Gong Datok telah berjaya mengumpulkan seramai 20 orang belia kampung setempat dan dibimbing oleh Tuan Imam Raja Zakaria bin Raja Musa sebagai guru halaqah.
Semoga program ini dapat menghasilkan kesan positif kepada golongan belia ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti untuk bangsa, agama dan negara.