IKHLAS KUNCI REZEKI BERKAT - PERHIMPUNAN BULANAN JBSNK BIL 2/2025

KUALA KRAI – Pada 27 Mac 2025 yang lalu, semua Pegawai serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai telah menghadiri Perhimpunan Bulanan Pegawai dan Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Majlis Persaraan Encik Aris Bin Awang, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas. Perhimpunan tersebut diadakan di Dewan Malaysia JBSNK.

Perhimpunan bulanan ini diadakan adalah secara tidak langsung bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara semua pegawai serta kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan disamping dapat berkongsi idea dan juga pendapat bagi mencapai dasar Pembangunan negara dan kesejahteraan dalam berkerja di kalangan warga JBSNK. “ Penerapan nilai-nilai positif, keikhlasan serta sentiasa bersyukur perlu sentiasa ada dan diamalkan dalam setiap perkhidmatan yang diberikan bagi menjamin kecemerlangan tadbir urus setiap organisasi’, Ujar Yang Berusaha Encik Mohd Saipuddin Bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam perhimpunan tersebut.

Selain penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan, turut diadakan majlis meraikan persaraan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Encik Aris Bin Awang  yang akan bersara wajib 6 Mac 2025 setelah selama 35 Tahun dalam perkhidmatan awam.

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search