MASJID JAMEK IBRAHIMI SAMBUT BAIK PROGRAM RAKAN EKSPRESI : RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN

PASIR PUTEH, 5 MAC 2025 : Satu sesi perbincangan bersama Jawatankuasa Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Kelantan 2025 telah diadakan pada 4 Mac 2025 di Bilik Gerakan Masjid Jamek Ibrahimi Pasir Puteh untuk memperhalusi susun atur persiapan tempat, logistik, makan minum dan jumlah petugas.

Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Rosman bin Che Harun, Imam Tua Masjid Jamek Ibrahimi Pasir Puteh dan turut hadir ialah Encik Rosshazelan bin Sulaiman, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh bersama Puan Emi Zurina binti Abd Aziz, Pembantu Belia dan Sukan.

Masjid Jamek Ibrahimi Pasir Puteh telah dipilih sebagai lokasi bagi pelaksanaan program Rakan Ekspresi : Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Kelantan yang bakal di adakan pada 15 Mac 2025 nanti.

Diakhir perbincangan, Al-Fadhil Ustaz Mohd Rosman bin Che Harun berharap program ini akan memberikan kesan signifikan terhadap pembangunan ummah di kalangan warga belia dan remaja.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search