RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH BACHOK BERMULA MERIAH

BACHOK, 3 MAC – Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Bachok Tahun 2025 telah bermula dengan jayanya pada hari ini dan akan berlangsung sehingga 22 Mac 2025. Program ini dianjurkan di empat buah masjid terpilih di sekitar daerah Bachok dengan tujuan menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan belia.

Sepanjang program ini, aktiviti utama adalah tadarus Al-Quran. Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan penglibatan golongan muda dalam aktiviti keagamaan, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada golongan belia yang berusia 13 hingga 30 tahun.
Seorang peserta, Ahmad Zikri, 15, meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menyertai program ini. "Saya berasa sangat gembira dapat menyertai aktiviti seperti tadarus Al-Quran bersama rakan-rakan. Program ini benar-benar mengeratkan ukhwah sesama kami," katanya.

Pihak penganjur berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan generasi muda terus dididik dengan nilai-nilai Islam yang murni. Dengan adanya program seperti ini, diharapkan Ramadan tahun ini lebih bermakna dan membawa keberkatan kepada seluruh masyarakat di daerah Bachok.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search