- JBS Kelantan
- Hits: 73
SESI PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2025 KATEGORI PERTUBUHAN
- JBS Kelantan
- Hits: 73
KELANTAN 13 Mac 2025 - Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 bagi kategori pertubuhan telah berlangsung pada 7 - 9 Mac yang lalu. Seramai 16 pertubuhan dari seluruh negeri Kelantan telah menyertai pencalonan dan sebanyak 5 pertubuhan yang telah layak ke peringkat seterusnya iaitu sesi lawatan ke premis pertubuhan setelah barisan panel membuat tapisan awal melalui dokumentasi/portfolio calon.
APBN merupakan sebuah program berbentuk pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberi sumbangan kepada pembangunan belia negara. Anugerah ini saban tahun akan diadakan bagi mengiktiraf dan memartabatkan pertubuhan/individu yang membantu pihak kerajaan dari pelbagai sudut seperti ekonomi belia, kemasyarakatan dan lain-lain.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Majlis Gabungan Belia Kelantan dan Majlis Belia Jajahan atas kerjasama dan bimbingan kepada semua calon dalam penyediaan profail/portfolio bagi menyertai APBN ini.
Syabas dan tahniah kepada semua calon Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 dan sama-sama kita nantikan keputusannya pada Mei ini bersempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025.
#APBN2025
#HariBeliaNegara2025