- JBS Kelantan
- Hits: 90
PROGRAM RAKAN EKSPRESI:RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU TAHUN 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 90
KOTA BHARU, 11 MAC 2025 - Program Rakan Ekspresi Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Kota Bharu Tahun 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu ini akan berlangsung pada 2 Mac hingga 21 Mac 2025 (Jumaat) di (4) empat buah masjid yang terpilih.
Program tadarus ini diadakan secara berkumpulan dan dibaca bergiliran sehingga khatam Al-Quran. Seterusnya, program ini turut menyasarkan penyertaan seramai 80 orang belia Kota Bharu yang berumur 13 hingga 30 tahun dan tempoh untuk menghabiskan juzuk mengikut kumpulan masing-masing berkenaan sebelum atau pada 21 Mac 2025 (Jumaat).
Pn. Nor Farhana bt Che Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu turut menyampaikan cenderahati kepada semua peserta tadarus di Masjid Dusun Raja, Kota Bharu. Program ini merupakan kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dengan Kelab Rakan Muda Bandar Kota Bharu dan badan ngo's lain yang turut sama menjayakan program ini sepanjang bulan yang mulia ini.
Semoga aktiviti bermanfaat seperti program tadarus ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan para warga Kota Bharu, memantapkan ilmu dan kemahiran membaca Al-Quran, mewujudkan penghayatan beramal dan beribadah dalam bulan Ramadan yang mulia serta memperoleh syafaat di akhirat kelak.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Kota Bharu