TIGA CALON INDIVIDU DARI DAERAH JELI BERENTAP DI APBN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2025

JELI, 13 MAC 2025- Sesi Penilian calon Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan Kategori Individu telah berlangsung pada 10 hingga 11 Mac 2025 bertempat di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberi sumbangan besar terhadap pembangunan belia diperingkat akar umbi. Antara objektif utama APBN adalah bagi menggalakkan penglibatan belia dalam kerja-kerja sukarelawan diperingkat komuniti setempat.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah menghantar dua orang calon untuk Kategori Individu Lelaki dan seorang untuk calon Individu Wanita. Kategori Individu Lelaki diwakili oleh Encik Azzuwam bin Abdul Aziz dan Encik Muhammad Hasamudin bin Abdul Samat. Manakala Kategori Individu Wanita oleh Puan Nadia Natasha binti Ibrahim. Pemilihan calon-calon adalah berdasarkan pengalaman, kepimpinan dan sumbangan terhadap komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada ketiga-tiga calon yang telah terpilih menjadi calon mewakili Daerah Jeli dalam APBN Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 dan mendoakan kesemua calon akan menempa kejayaan dalam Anugerah tersebut yang akan dinobatkan pada bulan Mei 2025 nanti.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search