RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU MENDAPAT SAMBUTAN DI KALANGAN ANAK MUDA

KOTA BHARU, 8 MAC 2025 – Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Kota Bharu Tahun 2025 telah bermula pada 2 Mac 2025 sehingga 21 Mac 2025. Program ini dianjurkan di empat buah masjid terpilih di sekitar daerah Kota Bharu dengan tujuan menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan belia.
Antara objektif program ini adalah melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al Quran dalam kehidupan seharian dan membudayakan amalan sunah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadhan ini.

Sepanjang program ini, aktiviti utama adalah tadarus Al-Quran. Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan penglibatan golongan muda dalam aktiviti keagamaan, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada golongan belia yang berusia 13 hingga 30 tahun.

Pihak penganjur berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan generasi muda terus dididik dengan nilai-nilai Islam yang murni. Dengan adanya program seperti ini, diharapkan Ramadan tahun ini lebih bermakna dan membawa keberkatan kepada seluruh masyarakat di daerah Kota Bharu.

Urusetia Portal : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search