- JBS Kelantan
- Hits: 67
SELAMAT MAJU JAYA CALON APBN DAERAH TUMPAT
- JBS Kelantan
- Hits: 67
TUMPAT, 12 MAC 2025 - Sesi Penilaian calon Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung pada 10 hingga 11 Mac 2025 bertempat di Dewan Malaysia, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kelantan.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah menghantar dua orang calon untuk Kategori Individu Lelaki dan seorang calon Individu Wanita. Kategori Individu Lelaki diwakili oleh Encik Mohamad Aizad Azizuddin bin Ismail dan Encik Mohammad Syahrul Ashraff bin Suhaidi. Manakala Kategori Individu Wanita diwakili oleh Cik Nurin Zulaikha binti Muhammad.
Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberi sumbangan besar terhadap pembangunan belia diperingkat akar umbi. Antara objektif utama APBN adalah bagi menggalakkan penglibatan belia dalam kerja-kerja sukarelawan di peringkat komuniti setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan serta syabas diucapkan kepada ketiga-tiga calon yang mewakili Daerah Tumpat dalam APBN Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 dan semoga beroleh kejayaan.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat