PROGRAM RAKAN EKSPRESI: RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2025 MERIAH

Pasir Puteh, 15 Mac 2025 - Telah berlangsung Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Masjid Jamek Ibrahimi Pasir Puteh, Kelantan.
Objektif pelaksanaan program ini untuk menarik minat belia menghidupkan bulan Ramadan al- Mubarak dengan pengisian
aktiviti dan program-program berbentuk kerohanian.

Antara pengisian program adalah Pertandingan Bercerita(Kisah-kisah dalam Al-Quran), Pertandingan Hafazan (Lelaki) dan (Wanita),dan Pertandingan Azan & Iqamah.Program turut diselitkan dengan Ceramah agama yang bertajuk "Indahnya Ramadhan", Agihan Bubur Lambuk Percuma,Aktiviti Tadarus Al-Quran,Majlis Rakan Muda Khatam Al-Quran dan Iftar. Program ini disertai hampir 1400 orang peserta dari seluruh Negeri Kelantan dan penduduk setempat.

Ucapan perasmian disempurnakan oleh YBrs Tn. Mohd Roshdi bin Ismail, Ketua Jajahan Pasir Puteh dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan disampaikan oleh YB Zamakhsari bin Muhamad,Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan. Turut hadir ke program ini adalah YBrs En. Mohamad Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search