- JBS Kelantan
- Hits: 93
BELIA TANAH MERAH DI PENTAS GEMILANG ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA NEGERI KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 93
Tanah Merah, 12 Mac 2025 – Belia dan Beliawanis Tanah Merah mencuri perhatian di pentas Anugerah Perdana Belia Negara Negeri Kelantan apabila lima wakil belianya melakar jejak ke arah gelaran paling berprestij bagi belia. Dua jejaka perkasa dan tiga gadis inspirasi dari Tanah Merah telah menampilkan diri dengan penuh keyakinan, menyempurnakan pembentangan yang menakjubkan di hadapan para juri yang arif lagi bijaksana.
Wakil-wakil belia ini bukan sahaja membawa nama Tanah Merah dan Kelab mereka, tetapi juga semangat juang tinggi untuk merebut gelaran Tokoh Belia Negeri Kelantan dan Tokoh Beliawanis Negeri Kelantan . Setiap calon mempersembahkan inisiatif serta pencapaian mereka, menunjukkan kepimpinan cemerlang, sumbangan kepada masyarakat, dan visi yang jelas untuk masa depan belia setempat.
Para juri memuji keberanian serta daya kreativiti peserta, yang berjaya memikat perhatian mereka dengan pelbagai program inovatif, dari gerak kerja sukarelawan hingga pencapaian akademik dan profesional. Pembentangan tersebut mencerminkan semangat anak muda Tanah Merah untuk membawa perubahan positif kepada belia di Tanah Merah dan negeri Kelantan khusunya.
Anugerah Perdana Belia Negara Negeri Kelantan ini merupakan platform penting yang bukan sahaja meraikan bakat, malah memupuk semangat kepimpinan generasi baharu yang bakal membawa negeri ini ke mercu kegemilangan. Keputusan anugerah ini dinanti dengan penuh debaran.
Adakah Tanah Merah akan membawa pulang gelaran berprestij itu? Sama-sama kita nantikan kemuncak acara penuh gemilang ini pada 17 Mei 2025 nanti.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah