SEMOGA JOHAN MILIK DAERAH PASIR MAS

PASIR MAS, 12 Mac 2025 – Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) telah melabuhkan tirainya semalm 11 Mac 2025 setelah hampir 5 hari dilaksanakan yang bermula 7 hingga 9 Mac bagi kategori Pertubuhan, 10 hingga 11 Mac 2025 bagi kategori individu lelaki dan wanita.

PBSD Pasir Mas telah menghantar seramai 2 orang calon bagi kategori wanita iaitu Saudari Nor Azlin binti Mat Nor dan Saudari Nur Yasmin binti Mohd Nasir bagi mewakili daerah Pasir Mas. Kedua-dua calon berkenaan pernah dinobatkan menjadi Johan bagi APBN Peringkat Negeri Kelantan kategori individu (Wanita). Mereka mewakili Majlis Belia Jajahan Pasir Mas dan Pengakap Kelana Blackflurry Pasir Mas. Pelbagai pengiktirafan telah diterima oleh mereka berdua bukan sahaja di peringkat Malaysia malah di peringkat antarabangsa.
Seramai 12 calon orang bagi kategori individu wanita dari seluruh daerah telah hadir untuk berentap pada hari berkenaan. Semoga Johan milik Pasir Mas lagi pada tahun ini.

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search