JOHAN PERTANDINGAN AZAN DAN IQAMAH RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2025 MILIK AMMAR ANUAR

JELI, 16 MAC 2025- Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Masjid Jamek Ibrahimi Pasir Puteh Kelantan pada 15 Mac 2025 telah memberi ruang kepada peserta dari Daerah Jeli menunjukkan bakat apabila dua orang peserta yang mewakili daerah berjaya mendapat tempat iaitu Johan dalam pertandingan Azan dan Iqamah dan Naib Johan dalam pertandingan Bercerita.

Berumur 18 tahun dan berbekalkan pengalaman mengalunkan Azan dan Iqamah di Masjid Kg Kalai, Jeli, beliau berjaya mencuri hati para juri pertandingan dan muncul sebagai Johan dalam pertandingan ini dengan menewaskan 13 orang peserta dari 10 daerah lain.
Seorang lagi peserta dari Daerah Jeli Saudara Muhammmad Hafizuddin bin Mazlan telah muncul Naib Johan dalam pertandingan Bercerita (Kisah-kisah dalam Al Quran), tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua peserta.

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program-program berbentuk kerohanian. Selain dari pertandingan Azan & Iqamah dan pertandingan Bercerita (Kisah-kisah dari Al- Quran) diselitkan juga dengan Ceramah Agama yang bertajuk ”Indahnya Ramadhan”, Agihan Bubur Lambuk Percuma, Aktiviti Tadarus Al Quran, Majlis Rakan Muda Khatam Al- Quran dan Iftar.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs Tn. Mohd Rosli bin Ismail, Ketua Jajahan Pasir Puteh dan Majlis Penyampian Hadiah Pertandingan disampaikan oleh YB Zamakhsari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan. Turut hadir ke program ini adalah YABrs.En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search