- APBM Batu Gajah
- Hits: 274
PERASMIAN PENUTUP KURSUS USAHAWAN KREATIF PHOTOGRAPHY AND VIDEOGRAPHY BY SMARTPHONE ADVANCE

SUNGAI PETANI, KEDAH, 9 OKTOBER - Cawangan Pengembangan Inovasi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Kursus Usahawan Kreatif Photography & Videography By Smartphone Advance bermula pada 7-9 Oktober 2024 bertempat di Institut Pengurusan Peladang, Sg. Petani, Kedah.
Objektif penganjuran Kursus Usahawan Kreatif Photography & Videography By Smartphone Advance adalah memberi pendedahan dan kefahaman serta inovasi kepada usahawan belia mengenai kepentingan pemasaran digital dan keusahawanan kreatif untuk terus relevan dalam dunia perniagaan masa kini. Selain itu, meningkatkan pengetahuan, memberi bimbingan dan latihan serta pembudayaan ke arah keusahawanan kreatif kepada usahawan belia. Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh En. Mohamed Fahmy bin Mohamed Noor dari Tazbay Studio Sdn Bhd.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak. APBM Batu Gajah mengucapkan terima kasih dan semoga berjumpa lagi. Anda semua hebat. Selamat Maju Jaya.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 274












