- APBM Batu Gajah
- Hits: 140
PROGRAM SINAR RAMADAN "HIASI RAMADAN DENGAN AL-QURAN"
- APBM Batu Gajah
- Hits: 140
TRONOH, PERAK, 28 MAC 2025 – Unit Bina Insan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan satu program kerohanian Sinar Ramadan sepanjang bulan yang bertajuk “Hiasi Ramadan Dengan Al-Quran” yang telah dipimpin oleh Ustaz Raja Amiruz Zahar bin Raja Aris, Guru Al-Quran di Akademi Darul Furqan, Batu Gajah.
Program kerohanian telah diadakan sebanyak 4 siri bertempat di Surau At-Taqwa APBM Batu Gajah yang dihadiri oleh warga kerja APBM Batu Gajah terdiri daripada kakitangan APBM Batu Gajah, pekerja landskap dan kebersihan.
Dengan adanya program seperti ini ianya dapat membaca Al- Quran dengan mempelajari ilmu tajwid yang betul. Selain itu, ianya juga dapat menghidupkan bulan Ramadhan dengan Al- Quran.Program ini juga merupakan satu medium untuk kakitangan bagi mengerat dan merapatkan silaturrahim dikalangan warga kerja APBM Batu Gajah dan seterusnya mengimarahkan lagi Surau At-Taqwa.
Sebagai tanda penghargaan, Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah telah menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Raja Amiruz Zahar bin Raja Aris. Hadir bersama adalah En. Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.