
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM MALAYSIA MADANI,
Selamat datang saya ucapkan kepada semua pengunjung Portal Rasmi Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan. Semoga pada tahun 2025 ini akan membawa kerahmatan dan keberkatan kepada APBM Batu Gajah khususnya dalam memperkukuhkan semangat dan iltizam, memperkasakan objektif dalam usaha merealisasikan harapan belia khususnya dalam memberi konsultasi dan bimbingan kepada usahawan belia serta menyampaikan maklumat berkaitan perniagaan.
Disamping itu APBM Batu Gajah juga berhasrat untuk menggalakkan budaya niaga dan melatih usahawan ke arah yang lebih cemerlang dalam bidang keusahawanan.
Bagi tahun 2025 ini, seluruh warga kerja APBM Batu Gajah akan berusaha dan bekerja dengan lebih tekun ke arah menjadikan APBM Batu Gajah sebagai pusat Latihan Keusahawanan Sosial Belia yang lebih produktif dan dinamik dalam bidang yang berkaitan.
Kami di APBMBG merancang pelbagai program latihan serta mempelbagaikan fungsi demi meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap perniagaan khususnya di kalangan belia-belia masakini.
Kita berharap, para belia, pemimpin NGO serta usahawan-usahawan akan terus menggunakan portal ini untuk tujuan interaksi dan mendapatkan info serta bimbingan berkaitan latihan, kursus, program, dan input-input yang relevan sebagaimana yang telah disediakan oleh pihak APBM Batu Gajah dalam meningkat peluang pekerjaan serta mengurangkan pengangguran di kalangan belia.
Sekian, Terima Kasih.
" MENGILMUKAN USAHAWAN BELIA "
“MALAYSIA MADANI”
VIJAYAN KUMAR NAMBIAR
Pengarah,
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan.
Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59