KAMPAR, PERAK, 21 OKTOBER 2026 – Cawangan Pengembangan dan Inovasi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan Lawatan Usahawan Belia Niaga 2026 ke dua premis perniagaan bagi meninjau operasi serta potensi perkembangan usahawan.
Destinasi pertama ialah sebuah perniagaan perkhidmatan percetakan (printing) dan jual beli beg milik Encik Abdul Malik Yusof bin Samsudin yang beroperasi di RPT Batu Putih, Kampar, Perak.
Lawatan diteruskan ke Mantra Legacy, milik Encik Muhammad Imran Azmir Hisham di Taman Kledang Jaya, Ipoh, Perak. Premis ini menawarkan perkhidmatan gunting rambut, tekapan baju dan lain-lain perkhidmatan.
Inisiatif ini diharap dapat memberi inspirasi kepada golongan belia untuk meneroka peluang keusahawanan, memperkukuh potensi perniagaan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 11
