- APBM Batu Gajah
- Hits: 15
WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 7: REVOLUSI BISNES 2026 – DARI LIKE KE LOYALTY
- APBM Batu Gajah
- Hits: 15
TRONOH, PERAK, 20 OKTOBER 2026 – Cawangan Pengembangan dan Inovasi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Webinar Keusahawanan @APBMBG Siri 7 bertajuk “Revolusi Bisnes 2026 – Dari Like Ke Loyalty” secara dalam talian menerusi ZOOM MEETING dan LIVE FACEBOOK PAGE Akademi Pembangunan Belia Malaysia.
Webinar ini bertujuan membimbing usahawan dan bakal usahawan menguasai strategi pemasaran digital, khususnya dalam menukar interaksi media sosial kepada pelanggan setia melalui kandungan berkualiti, komunikasi berkesan dan pembinaan kepercayaan pelanggan.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Coach Akmal daripada Learning Facilitator Coach Evoing, dengan fokus kepada strategi pemasaran digital yang berkesan bagi meningkatkan kesetiaan pelanggan serta mengembangkan perniagaan dalam era digital.
APBM Batu Gajah berharap program ini dapat memperkasa pengetahuan dan kemahiran keusahawanan belia, sekali gus melahirkan usahawan yang lebih berdaya saing. Penghargaan turut dirakamkan kepada penceramah dan semua peserta atas sokongan yang diberikan.
