- APBM Batu Gajah
- Hits: 25
KURSUS ASAS NIAGA BELIA SIRI 2: “SPORT MASSAGE FOR BEGINNERS” – DARI ASAS KE PELUANG PERNIAGAAN
- APBM Batu Gajah
- Hits: 25
TRONOH, PERAK, 15 OKTOBER 2026 – Cawangan Penyelarasan Data dan Promosi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Niaga Belia Siri 2: Sport Massage for Beginners – Dari Asas ke Peluang Perniagaan bertempat di APBM Batu Gajah.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teori dan kemahiran asas urutan sukan, di samping menerapkan pengetahuan keusahawanan bagi membuka peluang menjana pendapatan melalui perniagaan berasaskan kemahiran.
Pengisian kursus merangkumi modul Pengenalan dan Teori Asas Urutan Sukan serta Teknik Asas Urutan Sukan, dikendalikan oleh barisan fasilitator berpengalaman, iaitu Cik Nur Shamimi Alia binti Shuhami, Encik Muhammad Nazmi bin Mohd Nazri, Encik Muhammad Afnan Hazazi bin Mohd dan Cik Nur Zahirah binti Zamani serta Cik Farah Hana binti Mohd Ariff dari Robust Sport & Physiotherapy.
Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah. Penganjuran ini diharap dapat memperkasa kemahiran belia serta menggalakkan mereka meneroka peluang keusahawanan bagi membina perniagaan yang berdaya saing dan mampan.
