TELUK INTAN, PERAK, 10 OKTOBER 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak telah menganjurkan Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Hilir Perak Tahun 2026 di Padang Speedy, Teluk Intan, dengan penyertaan pelbagai agensi menerusi reruai pameran.
Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah turut mengambil bahagian dengan membuka reruai pameran bagi memperkenalkan fungsi, kemudahan serta peluang latihan dan pembangunan belia, khususnya dalam bidang keusahawanan, kemahiran dan pembangunan kompetensi.
Penyertaan ini menjadi platform untuk mendekatkan APBM Batu Gajah dengan masyarakat serta memperluas hebahan mengenai pelbagai inisiatif pembangunan belia yang ditawarkan.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah di reruai APBM Batu Gajah! Jumpa lagi di program akan datang!
- APBM Batu Gajah
- Hits: 21
