JEMPUTAN MAJLIS MAKAN MALAM SHINE & DINE SEMPENA SIMPOSIUM PKTM KALI KE-5 TAHUN 2026

IPOH, PERAK, 2 OKTOBER 2026 – Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menghadiri Majlis Makan Malam “Shine & Dine” sempena Simposium PKTM Kali Ke-5 Tahun 2026.

Majlis yang berlangsung di Dewan IRC, Buntong, Ipoh pada jam 7.30 malam hingga 10.00 malam itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan dan para peserta simposium.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YB Tuan Kulasegaran a/l Murugeson, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebagai sebahagian daripada pengisian Simposium PKTM Kali Ke-5 Tahun 2026.

Kehadiran Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan pada majlis tersebut mencerminkan komitmen APBM Batu Gajah dalam menjalinkan hubungan strategik serta memperkukuh jaringan kerjasama bersama pelbagai pihak dan organisasi.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search