WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 5: E-DAGANG & TIKTOK SALES – JANA PENDAPATAN CEPAT

TRONOH, PERAK, 8 OKTOBER 2026 – Cawangan Pengembangan dan Inovasi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Webinar Keusahawanan @APBMBG Siri 5 bertajuk “E-Dagang & TikTok Sales – Jana Pendapatan Cepat” secara dalam talian menerusi platform Zoom Meeting dan Facebook Live APBM.

Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai keusahawanan digital, strategi pemasaran melalui TikTok serta teknik memanfaatkan platform e-dagang bagi memperluas pasaran dan meningkatkan potensi pendapatan. Perkongsian turut menekankan kepentingan mengikuti perkembangan teknologi serta trend pemasaran digital semasa dalam membina perniagaan yang lebih kreatif, relevan dan berdaya saing.

Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Coach Ejul Lufti, CEO Goldmind Evolution Sdn. Bhd. yang berkongsi ilmu, tip serta pendekatan praktikal berkaitan pemasaran digital dan TikTok Sales kepada peserta.

Pelaksanaan webinar ini diharap dapat memperkasa pengetahuan dan kemahiran usahawan belia dalam merancang strategi pemasaran digital yang lebih berkesan, sekali gus membuka peluang untuk mengembangkan perniagaan melalui platform digital.

APBM Batu Gajah merakamkan penghargaan kepada tuan penceramah dan semua peserta atas komitmen serta sokongan yang diberikan. APBM Batu Gajah akan terus komited memperkasa belia melalui program keusahawanan yang berimpak dan memberi nilai tambah kepada komuniti.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search