BUDAYA KERJA BERINTEGRITI, CEMERLANG ORGANISASI

TRONOH, PERAK, 29 SEPTEMBER 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Siri Ceramah “Budaya Kerja Berintegriti, Cemerlang Organisasi” bertempat di Auditorium APBM Batu Gajah.

Ceramah disampaikan oleh Puan Yunaisvari (Yuna) a/p Vengidasalam, Penolong Kanan Penguasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengupas faktor penyumbang kepada berlakunya rasuah serta kepentingan langkah pencegahan dalam kalangan masyarakat dan penjawat awam.

Program ini menjadi wadah penting dalam memperkasa kesedaran warga kerja terhadap bahaya dan implikasi rasuah, di samping membudayakan nilai integriti, amanah, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pelaksanaan tugas demi kecemerlangan organisasi.

APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Yunaisvari atas perkongsian ilmu dan pandangan yang amat bermanfaat dalam memperkukuh budaya kerja berintegriti.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search