- APBM Batu Gajah
- Hits: 19
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS STRATEGIK EKONOMI BELIA – TEKNIK PENANAMAN NANAS 2026
- APBM Batu Gajah
- Hits: 19
TRONOH, PERAK, 6 OKTOBER 2026 – Cawangan Penyelarasan dan Strategik, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah berjaya menganjurkan Kursus Strategik Ekonomi Belia – Teknik Penanaman Nanas 2026 yang berlangsung selama tiga hari, mulai 5 hingga 7 Oktober 2026.
Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam teknik penanaman serta pengurusan tanaman nanas secara sistematik, meliputi pemilihan varieti, penyediaan bahan tanaman, pengurusan tanah, pembajaan, pengairan, kawalan perosak dan penyakit serta teknik penuaian.
Selain itu, peserta turut didedahkan kepada aspek peningkatan hasil dan kualiti tanaman, peluang bantuan serta potensi tanaman nanas sebagai sumber penjanaan pendapatan. Sepanjang kursus, perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Encik Mohd Azrin bin Anuar dan Encik Mohd Izzuwan bin Abu Hassan daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Perak.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah. Penganjuran kursus ini diharap dapat menjadi platform dalam memperkasa ilmu dan kemahiran belia dalam bidang agropreneur, seterusnya membuka ruang kepada peserta untuk meneroka peluang ekonomi dan keusahawanan berasaskan tanaman nanas.
Tahniah dan syabas kepada seluruh peserta atas komitmen yang diberikan sepanjang kursus berlangsung. Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada para penceramah atas perkongsian ilmu dan kepakaran yang disampaikan.
