WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 4 – SEMBANG SANTAI BERSAMA AGENSI KEUSAHAWANAN: KEMUDAHAN DAN PEMBIAYAAN MARA

TRONOH, PERAK, 30 SEPTEMBER 2026 – Cawangan Penyelarasan dan Strategik, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Program Webinar Keusahawanan @APBMBG Siri 4 – Sembang Santai Bersama Agensi Keusahawanan: Kemudahan dan Pembiayaan MARA secara dalam talian menerusi platform Zoom Meeting dan Facebook Live APBM Batu Gajah.

Program ini menampilkan Encik Muhammad Afiq Syakirin bin Azmi, Penolong Pegawai MARA Perak, sebagai penceramah yang berkongsi informasi berkaitan kemudahan, peluang serta pembiayaan MARA yang boleh dimanfaatkan oleh golongan usahawan dan belia dalam mengembangkan perniagaan.

Penganjuran webinar ini merupakan antara usaha berterusan APBM Batu Gajah dalam memperkukuh pengetahuan dan kefahaman keusahawanan dalam kalangan belia, khususnya berkaitan akses kepada kemudahan serta sokongan pembiayaan bagi pembangunan perniagaan.

APBM Batu Gajah merakamkan penghargaan kepada penceramah dan seluruh peserta atas komitmen serta sokongan yang diberikan dalam menjayakan program. APBM Batu Gajah akan terus memperkasa pelaksanaan program keusahawanan yang memberi nilai tambah kepada belia dalam membina perniagaan yang berdaya saing dan mampan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search