- APBM Batu Gajah
- Hits: 25
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN APBM BATU GAJAH BILANGAN 3/2026
- APBM Batu Gajah
- Hits: 25
TRONOH, PERAK, 29 SEPTEMBER 2026 – Cawangan Penyelarasan Data dan Strategik, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan APBM Batu Gajah Bilangan 3/2026 bertempat di Auditorium APBM Batu Gajah, yang disertai seluruh warga kerja APBM Batu Gajah.
Perhimpunan ini menjadi wadah pengurusan menyampaikan amanat, maklumat semasa serta hala tuju organisasi dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sekali gus memperkukuh penyelarasan serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja.
Majlis turut diserikan dengan tayangan sorotan program APBM Batu Gajah sepanjang Ogos dan September 2026, yang memaparkan pelbagai pencapaian dan penglibatan aktif warga kerja dalam menjayakan agenda pembangunan belia. Sesi turut diteruskan dengan sambutan hari lahir warga APBM bagi bulan berkenaan.
Ucaptama dan perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah. Dalam majlis sama, beliau turut merakamkan tahniah kepada Focal Point Sistem Dashboard Belia dan Focal Point Sistem YData APBM Batu Gajah atas kejayaan meraih Focal Point Terbaik, Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
