- APBM Batu Gajah
- Hits: 38
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS T.O.T JEJAK BELIA SUKSES 2025
PULAU LANGKAWI, KEDAH, 4 OKTOBER 2025 – Cawangan Penyelarasan dan Strategik, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah berjaya melaksanakan Kursus Training of Trainers (T.O.T) Jejak Belia Sukses 2025 yang berlangsung dari 1 hingga 4 Oktober 2025 bertempat di Akademi Hevea, Pulau Langkawi.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan serta kefahaman kepada usahawan belia mengenai cabaran keusahawanan semasa, di samping meningkatkan pengetahuan dan budaya inovasi dalam perniagaan. Melalui kursus ini, para peserta turut dibimbing dengan aspek pengurusan kewangan yang sistematik, kaedah bimbingan serta konsultansi bagi menjadikan keusahawanan sebagai sumber pendapatan utama yang mampu memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi negara.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta menekankan kepentingan kesinambungan ilmu dan latihan sebagai landasan melahirkan usahawan belia yang berdaya saing, kreatif, dan inovatif.
APBM Batu Gajah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang telah menjayakan kursus ini, semoga menjadi platform penting dalam membangunkan usahawan belia Malaysia.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 38
