- APBM Batu Gajah
- Hits: 45
KURSUS RETORT APBM BATU GAJAH MELABUHKAN TIRAI
- APBM Batu Gajah
- Hits: 45
TRONOH, PERAK, 28 OGOS 2026 – Cawangan Penyelarasan dan Strategik, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah berjaya menganjurkan Kursus Teknologi Perlabelan dan Pembungkusan Produk (RETORT) pada 26 hingga 28 Ogos 2026 bertempat di APBM Batu Gajah.
Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam teknologi pemprosesan, pengawetan, pembungkusan dan pensterilan makanan menggunakan kaedah RETORT, selain memberi pendedahan berkaitan keselamatan makanan, kawalan kualiti serta piawaian industri. Sepanjang tiga hari, peserta turut mengikuti sesi teori dan praktikal meliputi penyediaan, pembungkusan, proses RETORT dan penyimpanan produk, di samping penerokaan potensi pembangunan produk makanan yang inovatif, bernilai tambah dan berdaya saing. Perkongsian ilmu disampaikan oleh En. Mohamad Nazri bin Zafar, Pegawai Penyelidik MARDI Johor, dan En. Wan Atif Akram bin Wan Azhar, Usahawan RETORT.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah. Dalam ucapan penutup, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta berharap agar ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi mengembangkan potensi peserta dalam bidang keusahawanan makanan.
Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan APBM Batu Gajah dalam memperkasa kapasiti dan kompetensi belia agar lebih berilmu, inovatif, berkemahiran dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
