KURSUS ASAS NIAGA BELIA "BREW & SERVE: SENI ASAS BARISTA"

TRONOH, PERAK, 12 SEPTEMBER 2026 – Cawangan Penyelarasan Data dan Promosi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Niaga Belia Siri 1 "Brew & Serve: Seni Asas Barista" bertempat di APBM Batu Gajah.

Program ini dirancang bagi memberikan pendedahan kemahiran asas pembuatan kopi kepada golongan belia, sekali gus membuka ruang kepada peluang keusahawanan yang berdaya maju. Kursus ini dikendalikan oleh barisan tenaga pengajar yang berpengalaman daripada Encik Amir Solihin bin Muhamad Khairi, Encik Mohamad Zulfitri bin Abdullah, Encik Mohamad Syafiq bin Saad, Encik Ahmad Zulhazmi bin Zainal Abidin, Encik Mohd Azam Hafizi Bin Mohd Fadzli serta Encik Adib Imran bin Azri dari Ngopdul Roastery Manufacturing.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada modul pembelajaran yang komprehensif meliputi Pengenalan Asas Kopi, Pengenalan Mesin Grinder Kopi, Pengenalan Mesin Espresso, Kaedah Pembuatan Kopi serta Asas Latte Art. Melalui kursus ini, peserta bukan sahaja mempelajari teknik penyediaan kopi yang betul, malah memahami potensi besar industri kopi dalam menjana pendapatan.

Objektif utama penganjuran adalah untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran praktikal kepada belia, di samping memupuk minat mereka terhadap bidang keusahawanan berasaskan kemahiran. Seterusnya dapat dimanfaatkan sebagai asas untuk membina perniagaan yang stabil dan berdaya saing.

APBM Batu Gajah merakamkan penghargaan kepada semua peserta serta barisan tenaga pengajar yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran kursus ini. Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman yang berharga ini menjadi pemangkin kepada pembangunan potensi belia dalam industri pembuatan dan penyediaan kopi.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search