SESI TAKLIMAT TRAINING OF TRAINER (TOT) SISTEM iPAYMENT

TRONOH, PERAK, 8 SEPTEMBER 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Sesi Taklimat Training of Trainer (TOT) Sistem iPAYMENT yang berlangsung di Bilik Mesyuarat APBM Batu Gajah. Sesi ini melibatkan pegawai dan kakitangan APBM Batu Gajah dengan tujuan meningkatkan pemahaman serta kompetensi dalam pengurusan terimaan di Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.

Taklimat telah disampaikan oleh Bahagian Kewangan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), yang memberikan penerangan berkaitan pengoperasian serta pengurusan Sistem iPAYMENT secara lebih teratur dan berkesan. Diharapkan ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dapat difahami, diaplikasikan dalam tugasan harian serta membantu melancarkan urusan pengurusan kewangan di APBM Batu Gajah.

APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Kewangan JBSN atas kesudian menyampaikan taklimat yang informatif serta perkongsian ilmu yang bermanfaat.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search