- APBM Batu Gajah
- Hits: 33
MAJLIS PENUTUP KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PERNIAGAAN (BIZ PITCHING) 2026
- APBM Batu Gajah
- Hits: 33
TRONOH, PERAK, 27 SEPTEMBER 2026 – Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Kursus Komunikasi Berkesan Dalam Perniagaan (Biz Pitching) 2026 pada 25 hingga 27 September 2026 bertempat di APBM Batu Gajah, Perak.
Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi perniagaan, membina keyakinan peserta dalam menyampaikan idea serta membantu usahawan belia menterjemahkan aspirasi perniagaan kepada penyampaian yang lebih jelas, berkesan dan meyakinkan. Peserta turut didedahkan kepada aspek komunikasi, keusahawanan dan kepimpinan melalui sesi pembelajaran secara bersemuka.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta menerima bimbingan daripada Encik Kamaruzzaman bin Kamaludeen @ Coach KK (Chief Growth Officer) yang berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam komunikasi strategik dan pembangunan business pitching. Sesi akhir untuk pitching melibatkan panel daripada empat agensi iaitu, En. Juaini bin Shaharain (FAMA Negeri Perak), Pn. Mazuin bt. Mahat (SME Corp Malaysia Perak), Pn. Noorhazreen bt. Ab Ghani (PUNB KL) dan En. Khairul Hisham bin Zainudin (Pejabat MARA Daerah Kinta, Perak).
Majlis penutup telah disempurnakan oleh En. Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah. Kursus ini diharapkan dapat membantu usahawan dalam memperkukuh jaringan keusahawanan serta melahirkan lebih ramai usahawan belia yang kreatif, berdaya saing dan berkeyakinan dalam mengetengahkan idea serta mengembangkan perniagaan.
