- APBM Batu Gajah
- Hits: 31
PROGRAM WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 3 PERKASA ILMU VIRAL BRANDING
- APBM Batu Gajah
- Hits: 31
TRONOH, PERAK, 23 SEPTEMBER 2026 – Cawangan Penyelarasan Data dan Promosi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Program Webinar Keusahawanan @APBMBG Siri 3 bertajuk “Viral Branding: Cara Buat Orang Ingat Brand Kita” secara dalam talian menerusi platform Zoom Meeting dan Facebook Live Akademi Pembangunan Belia Malaysia.
Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Mohd Zulhazri bin Azmi (Coach Zul), Coach Business, yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi membina branding yang berkesan serta kepentingan penggunaan teknologi terkini dan aplikasi Artificial Intelligence (AI) dalam mempromosikan produk dan perniagaan.
Program ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran usahawan belia dalam menghasilkan strategi pemasaran yang lebih kreatif, relevan dan berkesan selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
APBM Batu Gajah merakamkan penghargaan kepada penceramah dan semua peserta atas komitmen serta sokongan dalam menjayakan program ini. APBM Batu Gajah akan terus memperkasa usahawan belia melalui pelaksanaan program keusahawanan yang memberi manfaat dan nilai tambah kepada komuniti.
