AI DALAM PERNIAGAAN: INOVASI, PRODUKTIVITI & PELUANG BAHARU!

TRONOH, PERAK, 15 SEPTEMBER 2026 – Cawangan Pengembangan & Inovasi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah berjaya melaksanakan Kursus Inovasi AI Dalam Perniagaan pada 14–15 September 2026 bertempat di APBM Batu Gajah, Perak.

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas dan aplikasi AI dalam perniagaan, termasuk penggunaan AI untuk meningkatkan produktiviti, mengurus data, mengautomasi tugasan, menghasilkan kandungan promosi, menganalisis perniagaan serta merancang kempen jualan dengan lebih pantas dan berkesan. Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Engku Anwar Hilmi bin Engku Zainal Abidin, Pengarah Urusan EA Clouds Technology.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah. Beliau turut menyeru peserta agar mengaplikasikan ilmu yang diperoleh bagi memperkasa keusahawanan dan meningkatkan daya saing perniagaan.

APBM Batu Gajah merakamkan penghargaan kepada semua pihak dan peserta atas komitmen yang diberikan. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin kepada usahawan belia yang lebih inovatif, berdaya saing dan celik teknologi.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search