PROGRAM WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 2 – TRANSFORMASI MINDA BELIA: KUASAI AI DALAM PEMASARAN

TRONOH, PERAK, 17 SEPTEMBER 2026 – Cawangan Penyelarasan dan Strategik, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Program Webinar Keusahawanan @APBMBG Siri 2 bertajuk Transformasi Minda Belia: Kuasai AI dalam Pemasaran secara dalam talian menerusi Zoom Meeting dan Facebook Live APBM.

Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Cik Noorul Shafini binti Annuar (Master Noorul), Digital Marketing Trainer, yang memberi pendedahan berkaitan penggunaan teknologi AI dalam pemasaran digital bagi membantu peserta meningkatkan kemahiran dan keyakinan dalam mengembangkan perniagaan.

APBM Batu Gajah merakamkan penghargaan kepada penceramah dan semua peserta atas komitmen serta sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh strategi pemasaran dan perkembangan perniagaan.

APBM Batu Gajah akan terus komited menganjurkan program keusahawanan yang memberi manfaat kepada golongan belia, khususnya dalam memperkasakan ilmu, kemahiran dan penggunaan teknologi bagi membina perniagaan yang lebih berdaya saing.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search