LAWATAN DAN KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA NEGERI PERAK KE APBM BATU GAJAH

TRONOH, PERAK, 14 OKTOBER 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menerima lawatan dan kunjungan hormat daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Perak bagi menggalakkan aktiviti pertanian di tempat kerja.

Delegasi yang diketuai oleh Encik Mohd Izzuwan bin Abu Hassan telah disambut oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah. Kunjungan ini turut menyaksikan penyerahan kit penanaman nanas kepada pihak APBM Batu Gajah sebagai galakan kepada kakitangan untuk melaksanakan aktiviti penanaman nanas.

Inisiatif ini bertujuan memupuk minat terhadap pertanian serta mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih hijau, bersih dan kondusif. Seramai lima orang pegawai telah dipilih untuk menjayakan pelaksanaan program ini.

Pihak APBM Batu Gajah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada LPNM Negeri Perak atas kerjasama yang diberikan. Diharapkan inisiatif ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak pada masa hadapan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search