KURSUS CPR DAN PENGGUNAAN AED

TRONOH, PERAK, 12 OKTOBER 2026 – Kursus CPR dan Penggunaan AED telah berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah dengan penyertaan pegawai dan kakitangan APBM Batu Gajah.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam memberikan bantuan kecemasan melalui teknik Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) serta penggunaan Automated External Defibrillator (AED) yang betul, selamat dan berkesan.

Sesi telah dikendalikan oleh Encik Mohamad Najmie bin Mohd Haidir, Penolong Pegawai Perubatan, bagi meningkatkan keyakinan dan kesiapsiagaan warga kerja untuk bertindak pantas ketika kecemasan.

APBM Batu Gajah merakamkan penghargaan kepada penceramah atas perkongsian ilmu yang bermanfaat serta kepada semua peserta kerana telah memberikan komitmen yang sepenuhnya sepanjang kursus berlangsung.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search