- APBM Batu Gajah
- Hits: 12
LAWATAN USAHAWAN BELIA NIAGA 2026 KE MASTER GRILL PERKUKUH POTENSI PERNIAGAAN BELIA
- APBM Batu Gajah
- Hits: 12
SERI ISKANDAR, PERAK, 21 OKTOBER 2026 – Cawangan Penyelarasan dan Strategik, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan Lawatan Usahawan Belia Niaga 2026 ke Master Grill, Seri Iskandar, Perak, bagi meninjau perkembangan perniagaan serta mengenal pasti potensi penambahbaikan usahawan belia.
Master Grill milik Encik Muhammad Khairul Aiman bin Ibrahim menawarkan perkhidmatan makanan dan minuman serta pembekalan bahan mentah, makanan sejuk beku dan makanan laut kepada pasaran setempat.
Lawatan ini turut mengenal pasti keperluan latihan berkaitan bagi meningkatkan kualiti dan daya saing perniagaan, di samping meneroka peluang memperluas pasaran produk ke seluruh Malaysia. Inisiatif ini diharap dapat memberi inspirasi kepada belia untuk menceburi bidang keusahawanan, termasuk sektor pertanian dan makanan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi komuniti.
