PROGRAM PENGUKUHAN NATURAL LANGUAGE PROCESSING (NLP) MINDA POSITIF KERJA PROAKTIF APBM BATU GAJAH

JANDA BAIK, PAHANG, 18 OKTOBER 2026 – Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Program Pengukuhan Natural Language Processing (NLP) Minda Positif Kerja Proaktif pada 16 hingga 18 Oktober 2026 bertempat di Anjung Janda Resort, Janda Baik, Pahang, dengan penyertaan pegawai dan kakitangan APBM Batu Gajah.

Program ini bertujuan memperkukuh kredibiliti dan kewibawaan warga kerja, meningkatkan motivasi serta memupuk pemikiran positif, komunikasi berkesan dan kerjasama berpasukan dalam usaha membentuk organisasi yang lebih dinamik dan produktif.

Pelbagai aktiviti menarik seperti Teambuilding Game, Whacky Sport dan Telematch (Wet & Dry) telah dilaksanakan bagi membina kepercayaan, mengasah kepimpinan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana ceria dan penuh semangat.

Turut hadir ialah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, yang merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan program ini. Semoga program ini menjadi pemangkin kepada pembentukan pasukan kerja yang lebih positif, harmoni dan berprestasi tinggi.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search