LAWATAN USAHAWAN BELIA NIAGA 2026 KE INTAN FARM MEAT SHOP TEROKAI POTENSI INDUSTRI TERNAKAN

TELUK INTAN, PERAK, 21 OKTOBER 2026 – Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan Lawatan Usahawan Belia Niaga 2026 ke Intan Farm Meat Shop, milik Encik Muhammad Iqbal bin Mohd Rezal, bagi meninjau perkembangan perniagaan dalam sektor penternakan.

Beroperasi sejak setahun lalu, perniagaan ini mengusahakan ternakan kambing dan lembu dengan pemasaran melalui platform dalam talian serta jualan terus kepada pelanggan.

Lawatan ini turut mengenal pasti potensi penambahbaikan produk menerusi penghasilan daging ready-to-cook bagi mempelbagaikan pilihan pengguna dan meningkatkan nilai tambah produk. Inisiatif ini diharap dapat membuka ruang kepada pengembangan perniagaan serta menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang keusahawanan pertanian dan penternakan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search